KOTA BHARU: Status orang kurang upaya (OKU) tidak menjadi penghalang apatah lagi mematahkan semangat Abdul Hakim Saifuddin Zulkifli untuk memulakan sesi persekolahan tahun satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Ismail Petra 1, di sini, hari ini.
Ibunya Siti Fatimah Nurul Naim Hussin, 45, yang juga guru Sains di sekolah itu berkata anaknya begitu bersemangat dan teruja untuk ke sekolah hari ini sehingga mengejut beliau bangun seawal 3 pagi tadi.
Beliau berkata walaupun secara fizikal anaknya tidak seperti kanak-kanak lain kerana kecacatan pada kedua-dua kakinya akibat penyakit Cerebral Palsy sejak dalam kandungan, namun tahap pemikirannya selari dengan rakan sebayanya.
"Sejak dua minggu lepas lagi Abdul Hakim Saifuddin tidak henti-henti bertanya kepada saya bila sekolah akan dibuka kerana dia tidak sabar untuk belajar dan juga bertemu kawan-kawan baharu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di SK Ismail Petra 1 di sini hari ini.
Menurut Siti Fatimah bagi memudahkan pergerakan anaknya di sekolah, beliau menyediakan kereta mainan beroda empat sementara menunggu kerusi roda khas yang dijangka dihantar minggu depan.
Ibu kepada lima anak itu berkata dari segi persiapan kelengkapan persekolahan sememangnya agak sukar memandangkan saiz tubuh anak bongsunya itu agak kecil berbanding usianya.
"Bagaimanapun saya bernasib baik memandangkan saya mengambil inisiatif untuk menyediakan kelengkapan persekolahan dia termasuk pakaian sekolah sebelum cuti persekolahan yang lepas.
"Saya berharap Abdul Hakim Saifuddin dapat menerima suasana baharu ini selain dapat belajar bersungguh-sungguh dan berjaya kelak," katanya sambil berterima kasih kepada pihak sekolah kerana menyediakan pelbagai kemudahan.
Sementara itu, guru besar SK Ismail Petra 1 Mohd Fauzi Ismail berkata pihaknya telah mengambil inisiatif dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk memudahkan pergerakan Abdul Hakim Saifuddin di sekolah.
Beliau berkata pihaknya mula menyediakan kemudahan berkenaan termasuk susur landai untuk laluan mesra OKU, sinki serendah satu kaki di kantin dan susur tangan sejak dua minggu lepas selepas menerima maklumat mengenai kemasukan murid berkenaan.
"Inisiatif ini juga dibantu oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk memastikan kemudahan mesra OKU ini dapat dilaksanakan.
"Selain itu, aktiviti sempena pembukaan persekolahan pada hari ini juga kita hanya menumpukan aktiviti yang memerlukan pergerakan tangan dan mengurangkan aktiviti menggunakan kaki bagi mengelakkan Abdul Hakim Saifuddin berasa terpinggir," katanya.
Mohd Fauzi berkata pihak sekolah akan cuba melakukan yang terbaik untuk memastikan kebajikan murid OKU berkenaan terjaga sekali gus berharap beliau tidak ketinggalan dari segi pembelajaran dengan rakan-rakan yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2024
Murid Tahun Satu yang berstatus OKU Abdul Hakim Saifuddin Zulkifli ketika hari pertama pembukaan sekolah sesi 2024/2025 semasa tinjauan di Sekolah Kebangsaan Ismail Petra I hari ini. - Bernama
Siri kelak boleh rumus notifikasi pada iPhone - dengan sokongan integrasi AI
Siri juga kelak boleh meringkaskan sesuatu berita, melakukan transkrip untuk memo suara, serta penambahbaikan pada gambar yang dirakam.
Lawatan Tiga Negara: Berjaya jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bln - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion, ia bakal memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Radang Paru-Paru: Raja Salman jalani rawatan di Jeddah
Raja Salman akan menjalani program rawatan untuk radang paru-paru di Istana Al Salam di Jeddah, pada Ahad.
PAS kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
PAS mengutuk keras insiden ugutan bunuh melalui surat terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, pada Sabtu.
THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera & Stacy kekal beraksi
Masih kekal ditangga tiga teratas, minggu ini Aepul Roza berjaya merampas kedudukan Ayda Jebat sebagai juara mingguan selepas mendapat markah 90.40 dan berjaya membawa pulang Anugerah The Hardest of The Night serta wang tunai RM2,000.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Dua orang terbunuh dan lima lagi hilang selepas sebuah bot bermotor kecil bertembung dengan sebuah kapal persiaran di Sungai Danube di utara Budapest lewat Sabtu.
Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Lapan pasangan kembar belajar sekolah sama
Persamaan dimiliki kembar tersebut sering kali mengelirukan guru-guru dan kadangkala mereka tersilap menghukum salah seorang pasangan kembar.
Nahas Helikopter: Cuaca buruk sukarkan operasi SAR Raisi
Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat nahas yang melibatkan presiden Iran Ibrahim Raisi.
Rakyat Iran solat hajat mohon kesejahteraan Raisi
Orang ramai berkumpul di ibu negara Iran, Tehran bagi bersama-sama bersolat dan berdoa susulan insiden nahas helikopter yang melibatkan Presiden Ebrahim Raisi di barat laut negara itu.
Isu tular kanak-kanak alami cerebral palsy, KKM beri komitmen segera selesai siasatan
KKM memaklumkan pihaknya memahami kesulitan dihadapi pesakit serta keluarga dan sentiasa bersedia membantu mereka.
Remaja OKU tiada separuh tempurung kepala perlu bantuan
Lebih menyayat hati apabila Mohamad Zainil Iqmal kini lumpuh seluruh badan setelah diserang sawan dan demam panas ketika berusia sepuluh tahun.
Koronavirus: Remaja OKU meninggal dunia ketika bapa dan adik dikuarantin
Mangsa dikenali sebagai Yan Cheng, 17, ditinggalkan bersendirian di rumah tanpa penjagaan sesiapa selama enam hari.
Cikgu Ahmad Shabri dedah rahsia sentiasa disayangi murid pendidikan khas
Hakikatnya, tugas ini memerlukan masa yang panjang terutama apabila membabitkan pelajar yang tidak mahu meneroka bidang akademik.
Para Asia 2018: Ridzuan Puzi dan Latiff Romly cipta rekod baharu dunia
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romly mempamerkan aksi cemerlang dengan mencipta rekod baharu dunia dalam acara masing-masing pada hari kedua acara olahraga Sukan Para Asia 2018.
Paralimpik: Ridzuan Puzi mahu pertahan pingat emas
Atlet paralimpik kebangsaan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi meletakkan misi mempertahankan pingat emas acara 100m T36 (celebral palsy) yang dipegangnya.
Mohamad Ridzuan raih tempat keempat dalam lompat jauh T36
Catatan terbaik Mohamad Ridzuan dalam acara itu ialah 5.36m yang dilakukan pada percubaan keempat.